(gambar sekadar hiasan)
KUCHING - Seorang pemuda berusia 20 tahun dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan 3, tahun lepas.
Hakim Yew Jen Kie menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Abang Ibrahim Abang Ahmad kerana menyebabkan kematian Taufik Ibrahim, 15, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya di daerah Samarahan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan antara pukul 1 dan 2 petang pada 15 Januari, 2011.
Hukuman terhadap Abang Ibrahim, seorang penganggur, berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan pada 18 Jan 2011.
Mengikut fakta kes, tertuduh memukul mangsa di kepala dengan menggunakan sebatang kayu sehingga tidak sedarkan diri dan kemudian mangsa ditanam dalam lubang sedalam 0.5 meter, tidak jauh dari rumah mangsa.
Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui tiga hari kemudian. - BERNAMA
0 34:
Post a Comment