Sekarang admin akan kongsi dengan korang apakah itu backup ..
PENERANGAN
:
Backup
data merupakan satu proses penyimpanan semula maklumat penting bagi
menghindari ianya daripada hilang. Objektif utama aktiviti backup ini
ialah untuk menyelamatkan semula data-data dan kebolehan menyimpan
semua data yang hilang dengan teratur dan cepat. Kebolehan yang
dimaksudkan ialah kebolehan memasukkan semula data yang penting
dengan cepat dan teratur. Proses backup ini selalunya boleh dilakukan
dengan proses yang lancer dan teratur jikalau menggunakan Backup
Tools di perisian Microsoft Windows 98/2000/XP. Biasanya backup
proses dilakukan di server “ hard disk “ dan “workstation”.
Backup data ini dilakukan kerana beberapa sebab iaitu berlakunya
kerosakan pada disk drive, lebihan kuasa elektrik di dalam komputer,
serangan virus, bencana alam seperti banjir, kerosakan, kesalahan
manusia, Y2K bug dan sebagainya. Jika berlaku kehilangan data penting
di dalam komputer, anda perlu merancang dengan baik dan melakukan
proses backup dengan teratur. Dengan melakukan proses backup ini,
kita boleh menyimpan semula data-data yang hilang sama ada dalam
bentuk satu fail ataupun keseluruhan hard disk. Perancangan yang
teratur harus dibuat untuk melakukan proses backup, berdasarkan
keperluan dan kepentingan fail tersebut.
1.
Jenis- jenis Back Up
- Back Up Sistem Fail
Backup system
fail ialah membuat salinan pendua bagi fail-fail system yang terdapat
di dalam sesuatu windows.Ini mengelakkan dari berlakunya kerosakan
(corrupted) kepada windows yang digunakan. Dengan menggunakan System
Backup yang telah tersedia di dalam Windows, kita boleh backup kepada
fail system berikut:
- registry
- files under Windows File Protection,
- and boot files.
- Back Up Fail Data
Backup data
adalah merupakan salah satu proses menyalin sesuatu data yang
terdapat didalam computer kepada suatu tempat yang lain. Data- data
yang disalin adalah seperti nota, data sesebuah organisasi, lagu,
cerita, mahupun segala fail software yang terdapat di dalam sesebuah
computer.
Katakanlah
anda berkerja didalam sebuah agensi yang mengendalikan urusan
Perundangan. Contohnya anda mengendalikan data berkenaan identiti
orang yang akan disaman. Katakanlah komputer anda diserang Virus dan
telah merosakkan Hard Disk komputer anda. Anda akan kehilangan data
yang penting dan ini akan mendatangkan masaalah dan kerugian bagi
agensi berkenaan.
Contoh
lain, katakan anda menyimpan kesemua gambar kenangan bersama keluarga
yang diambil dengan DIGITAL CAMERA didalam Komputer anda. Suatu hari
komputer anda mengalami kerosakan kerana lebihan Voltan akibat petir.
Kerosakan hard disk telah menyebabkan anda kehilangan gambar yang
pernah diambil 4 @ 5 tahun sebelumnya. Walaupun ia tidak mendatangkan
masaalah tetapi ia adalah kerugian kerana data/gambar berkenaan tidak
akan dapat dikembalikan lagi.
Oleh
itu, keperluan membuat backup adalah penting dan ia boleh diumpamakan
membeli insurans bagi kenderaan anda sekiranya terjadi perkara diluar
jangkaan.
- Mengenalpasti fail dan folder yang hendak di Backup
- Fail dan folder yang amat penting dalam sesuatu organisasi hendaklah sentiasa di backup. Sebagai contoh rekod jualan dan rekod kewangn, daftar dan sistem konfigurasi.
- Mengenalpasti kekerapan proses Backup
- Jikalau data tersebut amat penting dan kritikal dalam satu-satu organisasi, proses Backup harus dilakukan setiap hari. Jikalau data itu dikemaskini seminggu sekali, proses Backup juga harus dilakukan seminggu sekali. Proses Backup ini dibuat berdasarkan kekerapan sesuatu data berubah atau bertukar.
- Mengenalpasti sasaran media untuk menyimpan data Backup
- Dengan Windows Backup, proses backup boleh dilakukan dengan menggunakan media berikut:-
- Files – fail boleh disimpan menggunakan removable media (media mudah alih) seperti Iomega Zip drive, lokasi di dalam rangkaian network iaitu di dalam server, hard disk, cd recordable dan juga floppy disk.
- Tape – tape amat sesuai untuk proses Backup yang melibatkan data yang besar kerana tape mempunyai ruang simpanan data yang tinggi. Tape juga mempunyai kelemahan iaitu tape mempunyai jangka hayat yang terhad.
- Mengenalpasti sama ada menggunakan Network atau Local Backup
- Network Backup boleh mengandungi data daripada pelbagai komputer dalam rangkaian. Dengan cara ini, proses Backup boleh diperingkatkan dengan menyimpan data dari pelbagai komputer kepada satu media fail backup.
4. Cara-cara
Backup
Proses untuk melakukan backup bergantung kepada betapa pentingnya sesuatu data yang telah disimpan. Proses backup dilakukan dengan menggunakan program atau utility yang telah disediakan di dalam system pengoperasian. Terdapat juga perisian lain yang digunakan untuk melakukan proses backup seperti EasyOffice backup, Quicken dan anti-virus.
Juga terdapat
kemudahan backup yang disediakan melalui perkhidmatan online seperti
Connected Online Backup. Backup
dapat dilakukan samada sehari, seminggu atau sebulan sekali .
0 34:
Post a Comment