Friday, January 11, 2013

Fungi Backup dan Apakah Itu Backup ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekarang admin akan kongsi dengan korang apakah itu backup ..


PENERANGAN :


Backup data merupakan satu proses penyimpanan semula maklumat penting bagi menghindari ianya daripada hilang. Objektif utama aktiviti backup ini ialah untuk menyelamatkan semula data-data dan kebolehan menyimpan semua data yang hilang dengan teratur dan cepat. Kebolehan yang dimaksudkan ialah kebolehan memasukkan semula data yang penting dengan cepat dan teratur. Proses backup ini selalunya boleh dilakukan dengan proses yang lancer dan teratur jikalau menggunakan Backup Tools di perisian Microsoft Windows 98/2000/XP. Biasanya backup proses dilakukan di server “ hard disk “ dan “workstation”. Backup data ini dilakukan kerana beberapa sebab iaitu berlakunya kerosakan pada disk drive, lebihan kuasa elektrik di dalam komputer, serangan virus, bencana alam seperti banjir, kerosakan, kesalahan manusia, Y2K bug dan sebagainya. Jika berlaku kehilangan data penting di dalam komputer, anda perlu merancang dengan baik dan melakukan proses backup dengan teratur. Dengan melakukan proses backup ini, kita boleh menyimpan semula data-data yang hilang sama ada dalam bentuk satu fail ataupun keseluruhan hard disk. Perancangan yang teratur harus dibuat untuk melakukan proses backup, berdasarkan keperluan dan kepentingan fail tersebut. 



1. Jenis- jenis Back Up

  1. Back Up Sistem Fail

Backup system fail ialah membuat salinan pendua bagi fail-fail system yang terdapat di dalam sesuatu windows.Ini mengelakkan dari berlakunya kerosakan (corrupted) kepada windows yang digunakan. Dengan menggunakan System Backup yang telah tersedia di dalam Windows, kita boleh backup kepada fail system berikut:
  • registry
  • files under Windows File Protection,
  • and boot files.

  1. Back Up Fail Data

Backup data adalah merupakan salah satu proses menyalin sesuatu data yang terdapat didalam computer kepada suatu tempat yang lain. Data- data yang disalin adalah seperti nota, data sesebuah organisasi, lagu, cerita, mahupun segala fail software yang terdapat di dalam sesebuah computer.

Katakanlah anda berkerja didalam sebuah agensi yang mengendalikan urusan Perundangan. Contohnya anda mengendalikan data berkenaan identiti orang yang akan disaman. Katakanlah komputer anda diserang Virus dan telah merosakkan Hard Disk komputer anda. Anda akan kehilangan data yang penting dan ini akan mendatangkan masaalah dan kerugian bagi agensi berkenaan.

Contoh lain, katakan anda menyimpan kesemua gambar kenangan bersama keluarga yang diambil dengan DIGITAL CAMERA didalam Komputer anda. Suatu hari komputer anda mengalami kerosakan kerana lebihan Voltan akibat petir. Kerosakan hard disk telah menyebabkan anda kehilangan gambar yang pernah diambil 4 @ 5 tahun sebelumnya. Walaupun ia tidak mendatangkan masaalah tetapi ia adalah kerugian kerana data/gambar berkenaan tidak akan dapat dikembalikan lagi.

Oleh itu, keperluan membuat backup adalah penting dan ia boleh diumpamakan membeli insurans bagi kenderaan anda sekiranya terjadi perkara diluar jangkaan.


  1. Mengenalpasti fail dan folder yang hendak di Backup

  • Fail dan folder yang amat penting dalam sesuatu organisasi hendaklah sentiasa di backup. Sebagai contoh rekod jualan dan rekod kewangn, daftar dan sistem konfigurasi.

  1. Mengenalpasti kekerapan proses Backup

  • Jikalau data tersebut amat penting dan kritikal dalam satu-satu organisasi, proses Backup harus dilakukan setiap hari. Jikalau data itu dikemaskini seminggu sekali, proses Backup juga harus dilakukan seminggu sekali. Proses Backup ini dibuat berdasarkan kekerapan sesuatu data berubah atau bertukar.

  1. Mengenalpasti sasaran media untuk menyimpan data Backup

  • Dengan Windows Backup, proses backup boleh dilakukan dengan menggunakan media berikut:-

  • Files – fail boleh disimpan menggunakan removable media (media mudah alih) seperti Iomega Zip drive, lokasi di dalam rangkaian network iaitu di dalam server, hard disk, cd recordable dan juga floppy disk.
  • Tape – tape amat sesuai untuk proses Backup yang melibatkan data yang besar kerana tape mempunyai ruang simpanan data yang tinggi. Tape juga mempunyai kelemahan iaitu tape mempunyai jangka hayat yang terhad.

  1. Mengenalpasti sama ada menggunakan Network atau Local Backup

  • Network Backup boleh mengandungi data daripada pelbagai komputer dalam rangkaian. Dengan cara ini, proses Backup boleh diperingkatkan dengan menyimpan data dari pelbagai komputer kepada satu media fail backup.

4. Cara-cara Backup

Proses untuk melakukan backup bergantung kepada betapa pentingnya sesuatu data yang telah disimpan. Proses backup dilakukan dengan menggunakan program atau utility yang telah disediakan di dalam system pengoperasian. Terdapat juga perisian lain yang digunakan untuk melakukan proses backup seperti EasyOffice backup, Quicken dan anti-virus.

Juga terdapat kemudahan backup yang disediakan melalui perkhidmatan online seperti Connected Online Backup. Backup dapat dilakukan samada sehari, seminggu atau sebulan sekali .


 

About

Site Info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tutors Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Converted To Community Galleria by Cool Tricks N Tips