Friday, July 6, 2012

Perginya orang yang bergelar Ibu dan Abang


B
ila berada di dalam kereta . hujan turun dengan lebatnya. abang terus memandu laju . tanpa mengiraukan keselamatan . Apa yang mengegaskan kami adalah kerana ibu kami baru sahaja di masukan di dalam hospital kerana kemalangan . kemalangan tersebut baru berlaku .Munkin kerana ibu tidak berhati hati ketika memandu . Ya Allah . aku risaukan keadaan ibu . Aku tahu aku seorang yang tidak pandai . selalu menyusahkan ibu , selalu meninggikan suara kepada ibu .

Di dalam kereta aku cuma termenung di sepanjang perjalanan sambil berdoa semoga ibu aku selamat.

abang terus memandu laju . ada sekali abang sengaja melanggar lampu isyarat . jika aku tanya abang jawapanya mudah "kita mesti jumpa ibu! , kita tak tahu keadaan Ibu . kita mesti cepat" .

Baru sahaja beberapa minit abang memandu . tayar di belakang kereta pecah dan menyebabkan kereta berpusing 360 darjah di atas jalan raya dan melangar penghadang jalan .


Tapi kami masih selamat .Tidak . "abang mana?!" aku lihat telinga abang aku di tembus besi penghadang jalan raya . aku cuma terpaku melihat abang aku layu meminta tolong . besi pada penghadang jalan raya itu seolah olah satu pisau dan aku cuma melihat dia merintih meminta bantuan dari aku . darah yang keluar dari mulut abang membuak buak .

Ya Allah . cuma air mata yang menemani aku sewaktu itu . abang aku berkata "tolong abang adek . kepada abang sakit sangat ".

"adek tahu . adek tahu abang sakit , adek faham abang . abang kena bertahan abang!"

aku menjerit dakat telinga abang aku dan aku gengam tangan abang aku dengan kuat dan berharap abang dapat dengar dengan jelas . Mata abang terpejam perlahan-lahan .tangan abang yang tadi kuat mengengam tangan aku kini layu .

Aku cuba kejutkan abang . tetapi kenapa abang tak bangun ?!. selepas beberapa minit. ambulan datang dan membawa abang jauh dari aku . abang aku di bawa masuk di dalam ambulan selepas beberapa jam .

Alhamdulillah , abang dah selamat di keluarkan . tapi apa yang membuat aku pilu adalah besi yang panjang masih ada di kepalanya .

Abang aku di bawa ke hospital mengunakan ambulan yang berlainan .Sesudah aku sampai . Abang aku terus di bawa di dalam bilik bedah untuk rawatan .Datang seorang lelaki , Munkin seorang pekerja di situ dan melontarkan aku satu soalan , bertanya dengan aku adalah aku ada hubungan dengan mereka wanita ini ? .Aku menjawap dengan pantas "saya anak dia" .Doktor memaklumkan dengan aku bahawa

"ibu sudah tiada . maaf . ibu adek tidak dapat diselamatkan" .

Aku di bawa untuk menemui ibu di dalam bilik bedah dan mengalirnya air mata aku untuk orang yang paling aku sayang , Ibu .


"Ibu,kenapa jadi macam ni? apa yang dah berlaku?!" .

"Ibu . adek tahu adek tidak pernah tunjukan kelakuan yang baik dengan ibu .

"Adek tahu . Adek tidak pernah mendengar kata ibu . Adek tahu adek anak yang tidak tahu menjaga perasaan ibu . Adek harap ibu dapat melihat adek berubah .Adek akan menjadi yang terbaik . Adek akan mendengar kata kata ibu dan adek akan jadi anak yang terbaik untuk ibu . Tapi adek tahu ibu sudahpun pergi untuk selama lamanya"

Jika tuhan lebih sayangakn ibu , adek tidak mahu kehilangan abang .

Adek doakan abang akan selamat ibu .

Aku menangis dan air mata aku jatuh di pipi ibuku yang tidak lagi bernyawa .

"abang aku?!" doktor datang kepada aku .

doktor memberi tahu dengan nada suara yang perlahan bahawa abang aku sudah tiada . doktor menjelaskan bahawa abang telah kehilangan darah dengan banyak .

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku pada masa itu .aku cuma layu di hadapan tempat ibu dibaringkan dan berharap ini cuma mimpi .tapi sayangnya ini bukan mimpi Sangat berat ujian yang engkau berikan dengan aku ya Allah ,tetapi aku meminta semoga aku dapat berjumpa dengan mereka di syurga kelak .Semoga ibu , dan abang tenang di sana .

2 34:

Rubikz Key on July 6, 2012 at 7:14 PM said...

sedihnya :(

G3mbalaMalam on July 6, 2012 at 9:17 PM said...

cite btol ke ni bro???

 

About

Site Info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tutors Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Converted To Community Galleria by Cool Tricks N Tips