Thursday, June 7, 2012

news: Apakah itu trojan ?

Salam sejahtera semua

hari ni seth nak kongsi satu benda . apakah itu trojan??

kalau orang nak tahu korang boleh teruskan membaca

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/539332_354614531241149_1484159223_n.jpg

Virus Trojan Horse ialah program yang menjangkiti sesuatu komputer untuk mengakibatkan kerosakan. Kerosakan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kecurian data, kecurian identiti, akaun sulit dan sebagainya. Trojan Horse boleh menjangkiti mesin pengguna tanpa disedari. Sebaik sahaja ia menembusi komputer, virus Trojan Horse akan mengimbas keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data peribadi. Salah satu virus Trojan Horse terawal dikesan pada tahun 1980-an, apabila beberapa komputer terjejas akibat jangkitannya. Ia telah dibangunkan oleh penggodam dengan tujuan untuk mencuri kata laluan akaun-akaun peribadi atau sulit. Semakin hari ia semakin berkembang dan semakin canggih fungsinya. Nama Trojan Horse datang dari cerita mitologi Yunani tentang pengepungan Troy. Orang-orang Yunani tidak mampu untuk menakluk bandar sehingga mereka membina sebuah kuda kayu Trojan yang besar dan menyembunyikan beberapa orang pahlawan (tentera) di dalamnya. Kuda kayu itu sepatutnya menjadi hadiah dari orang Yunani, memaklumkan bahawa mereka akan belayar dan tidak lagi mahu menakluki bandar. Apabila kuda Trojan dibawa masuk ke dalam bandar, tentera Yunani di dalamnya menunggu sehingga hari beransur gelap dan kemudian menyerang Troy, memusnahkan sekali gus memenangi peperangan. Menurut beberapa sumber dalam talian virus kuda Trojan pertama dikenali sebagai 'pest trap', yang juga dikenali sebagai 'Spy Sheriff'. Trojan Horse ini berjaya menjangkiti kira-kira satu juta komputer di seluruh dunia. Ia tidak merosakkan mana-mana fail pada komputer, sebaliknya ia membawa kepada kemunculan sejumlah besar pop-up, sebahagian besar daripadanya kelihatan seperti amaran kepada pengguna mengenai keperluan untuk memasang beberapa jenis aplikasi/perisian. Apabila virus Trojan Horse menjangkiti satu-satu komputer, agak sukar untuk membuangnya. Jika ia mahu dipadam, virus Trojan Horse hanya akan memasang semula dirinya daripada data fail tersembunyi yang telah terjejas (dijangkiti) pada komputer. Terdapat satu perkara penting yang perlu diingat, virus Trojan Horse tidak boleh 'dihidupkan' melainkan jika pengguna tidak mengaktifkan program yang mempunyai virus tersebut. Adalah penting yang anda tidak memuat turun program-program yang tidak diketahui, yang mana sumber integritinya boleh diragui, lebih-lebih lagi jika seseorang atau sesuatu memujuk anda untuk berbuat demikian.
 

About

Site Info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tutors Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Converted To Community Galleria by Cool Tricks N Tips