Wednesday, April 18, 2012

Cewah Info : Kepala KUching Yang Di Panah

Musibah bukan hanya kena pada manusia, bahkan pada haiwan juga. Pada manusia, musibah berkemungkinan besar sebagai kaffarah kepada dosa-dosanya, namun musibah yang tertimpa atas haiwan banyaknya kerana kerakusan dan kecuaian manusia.

Di Bloomington, seekor kucing dilaporkan cedera parah terkena tujaman anak panah. Yang ajaibnya ia masih mampu hidup kepalanya telah ditembusi anak panah tersebut.Sungguh Allah Maha Kuasa.

Kucing yang diberi nama Brownie itu dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya.

Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan.

Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal. Cuba bayang dan dengar-dengarkan apakah kata-kata dan rintihan si Brownie ini sebelum anak panah selamat dikeluarkan? Allah Allah Allah...nyiluunya....

Sumber :budakhijau



 

About

Site Info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tutors Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Converted To Community Galleria by Cool Tricks N Tips