Sunday, April 22, 2012

Cewah Best : Upacara kahwin dengan mayat

◙ Upacara Kahwin Dengan Mayat ◙
Seorang lelaki di Thailand sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang tidak sempat dia kahwini kerana kesibukan kerja. Satu peringatan kepada kita semua.

Upacara Kahwin Dengan Mayat Cantik | Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta. Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.

Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu. Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin. Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.
Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. – Agensi

– Kerana kesibukan kerja, lelaki ini terlupa yang mati tidak akan menunggu sesiapa dan inilah yang terjadi. Dia sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang mati dalam satu kemalangan sebagai hukuman kepada dirinya yang selalu mengabaikan kekasihnya itu. Peringatan kepada kita semua, jika dah ada yang berkenan, tak payah la tunggu lama-lama, pergi masuk meminang dah kahwin. Dosa terhindar, nikmat pun dapat hehe












 

About

Site Info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tutors Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Converted To Community Galleria by Cool Tricks N Tips