Wednesday, April 18, 2012

Cewah Best : Nombor plat paling mahal di dunia

http://www.easia2u.com/eAsia2u/english/images/rfqupload/org/image970.jpg
(gambar Sekadar Hiasan)




PUTRAJAYA – Pembidaan nombor kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.

Katanya, setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah “MCA 1″ yang dijual dengan harga RM300,100.

“Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima ”WWW” akan mencapai harga jualan yang paling tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Perhimpunan Bulalan Kementerian itu di sini hari ini.

Katanya, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei.

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nomb
or popular dan nombor semasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pengendalian kontena oleh pelabuhan di negara ini mencatat pertumbuhan 6.5 peratus dalam suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, Pelabuhan Klang yang memperbaiki kedudukan dari tangga ke-13 kepada tangga ke-12 pada 2011 dalam ranking pelabuhan dunia juga merupakan petanda baik bagi perkembangan ekonomi negara ini.

“Begitu juga semua lapangan terbang yang mengendalikan penumpang mencatat pertumbuhan 3.54 peratus dalam tempoh masa tersebut iaitu pertumbuhan 4.2 peratus bagi penumpang antarabangsa dan 3.0 peratus bagi penumpang domestik,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan bahawa sektor pelabuhan dan lapangan terbang menunjukkan perkembangan ekonomi pesat.

Katanya, bagi meningkatkan lagi industri penerbangan awam negara, kementerian telah mengadakan rundingan udara dengan 15 buah negara pada tahun lalu.
 

About

Site Info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tutors Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Converted To Community Galleria by Cool Tricks N Tips